GERGASI Eropah, Sepanyol pastinya memiliki misi 'serampang dua mata' menjelang Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 yang akan membuka tirainya di Ukraine dan Poland bulan depan.
Selain mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka di Austria dan Switzerland empat tahun lepas, skuad yang terkenal dengan jolokan La Roja itu juga mahu berterusan menakluk pentas bola sepak dunia.
Apa tidaknya, selain kejayaan menjulang trofi Euro 2008, Sepanyol juga membuktikan kredibiliti mereka sebagai kuasa besar bola sepak setelah menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan dua tahun selepas itu.
Disebabkan itu, anak-anak buah Vincente del Bosque pastinya berazam melakar sesuatu yang istimewa pada Euro kali ini.
Untuk rekod, Sepanyol sebelum ini terpaksa menunggu selama 44 tahun sebelum muncul juara Euro 2008.
No comments:
Post a Comment